1. Doa kepadaNya
Pasal ini, aku rasa, aku tak perlu huraikan panjang-panjang. Sepatutnya, kita kena sentiasa berdoa, bertahmid n etc memohon daripadaNya. (Bukan waktu dah ada problem, lu kene tinggal, baru lu nk pakai kain. Then, lu dapat yang baru, lu wat dek je. Tarak malu punya olang)
2. Cuba penuhkan aktiviti harian
Sentiasa cergas melakukan sebarang kerja untuk memenuhkan waktu-waktu lapang. Why dude? Otak kita telah diset dengan Jenab or Jai (bukan nama sebenar) untuk tempoh yang lama, jadi masa tu, otak kita akan sentiasa mengenangkan dorang. Waktu tu jua, bersepahlah bilik korang dengan surat-surat, bear, bantal masam, yang berkaitan dengan si dia. Mental sudah dikuasai, badan mula lemah, secara automatiknya korang tertonggeng dan tiada selera makan. Pernahkah korang terfikir, apa perasaan ibu yang melihat keadaan korang serba tak bermaya tu (macam mayat hidup). Jadi, cuba korang penuhkan juga aktiviti. Bila dah letih, korang, tak mampu nk fikir pape lagi. InsyaALLAH.
3. Luahkan segala yang tersirat.
Aku rasa, ini antara cara yang mujarab (walaupun tak sepenuhnya, impact stil kuat). Apa yang korang rasa, apa yang korang nak lepas, luahkan segalanya kepada orang yang terdekat (parent, kawan, makcik cafe or etc). Korang akan dapat merasakan kepuasannya. (Sebenarnya, aku sendiri tak suka cara ni memandangkan aku jenis yang simpan and try watdono. Tapi entah macam mana, aku terluah kat mak aku melalui telefon, terkejut dia secara tiba-tiba, ^^. Anak yang buat-buat cool selama ni, boleh juga bikin pipi basah)
4. Pulihkan keyakinan diri.
Ini penting dalam membantu korang melupakan problem cinta. How? Korang kena imbas kembali hidup korang sebelum berjumpa si dia, hidup riang ria bersama keluarga, kutuk mengutuk bersama member. Apa sebenarnya yang korang mahu lakukan? Tanamkan azam, dan berusaha sungguh2 utk mencapainya. (dari kecik aku nak jadi ultraman, mcm mana tu??)
Terdapat juga, cara-cara lain, yang maybe boleh membantu, tapi ia tidak digalakkan (x diiktiraf mohor diraja):
- Membina keyakinan diri sendiri dengan cara negatif. Erk? Juz dalam diri korang, perburukkan dan makilah si dia sepuas-puasnya. (Contoh : Ingat ko cantik ke, pipi kembong, mata ketumbit, gigi halimah jongang .. bla3, Ana Raffali lagi comey ^^) Tapi, jangan sesekali membawa kepada pergaduhan or sebarang yang buruk berlaku.
- Cari pengganti hati yang baru. Ini jalan pintas buat orang yang tidak sabar a.k.a gelojoh. Maybe, kita memerlukan masa untuk mengosongkan kembali hati si dia setelah diisi sepenuhnya (bwekkk), tapi, kalau ini caranya yang boleh membuat korg ceria kembali, so, why not.
- Be a gamer (minesweeper, solitaire, card2 yang lain dikecualikan). Untuk yang tidak pernah terjebak, games boleh menjana pemikiran. Games online selalunya memerlukan 3-4 jam sehari, tetapi bagi yang addict, seharian akan berlalu dengan pantas.