Aku suka baca karangan-karangan budak sekolah, memang menjengkelkan. Bila diimbas balik, macam manalah karangan kita waktu sekolah dulu. So, aku cuba menjiwai dorang dan membuat karangan ini. Adakah aku seperti dorang or lebih buruk?
Pagi itu hari ahad. Ayam berkokok awal-awal pagi, semalam pun beliau berkokok. Ibu katok saya dengan batang paip. Saya terkejut beruk. Ibu suruh saya mandi. Ayah ada di tandas. Saya dengar bunyi ayah meneran. Saya suruh ayah cepat sikit sebab dah tak tahan. Dia marah lalu mengejar saya dengan garfu. Dia menikam saya tapi saya elak dengan hebat, macam dalam cerita Ultraman. Kami lawan agak lama, sampai ibu datang menikam ayah pula.
Jadi, apa lagi, saya berlari masuk ke tandas. Saya lihat ayah tidak pam. Saya ambil keputusan untuk teruskan mandi. Air sangat sejuk hingga ke suhu beku. Saya gosok gigi saja. Gigi saya pula yang beku. Saya lari lagi mendapatkan ibu. Ibu juga lari mendapatkan telefon dan menelefon Dr. Mohamad Sulaiman, pakar doktor gigi.
Selepas berjam-jam, doktor pun sampai ke rumah. Doktor cakap dia terlewat kerana bergayut. Ibu memarahi doktor lalu memfire doktor berkenaan. Doktor bertukar menjadi raksasa. Ibu takut. Ibu minta pertolongan, tolong, tolong. Secara kebetulan, Lebai Man datang. Dia tok dukun kampung saya. Dia berjiran dengan rumah tok su, atok belah ibu saya yang dah mati dihentak gajah.
Lebai man membaca-baca. Air liur beliau macam orang tengah ludah. Satu, dua, tiga kali air liur beliau terkena muka saya. Saya lap muka saya yang berbau busuk ini. Lawan punya lawan, kedua-duanya mati. Saya, ibu dan ayah bersorak-sorak keriangan, yey. Kami bertiga terus pergi ke Cameron Higland untuk berpesta.
(* Dont make this story as ur guide in upsr)
I am a mother ?????
9 years ago
2 comments:
Hush gilo ko ni. Ini class tadika kot
Mana cek nak tau, orang bosau dah layak kawen nk pk mcm budak2
Post a Comment